Muncet Network

Rangkaian Muncet

Kene Interview Oleh Student UITM

KENANGAN 31 Oct: Seorang student UITM dari Melaka tiba-tiba whatsapp Intan, katanya nak interview dengan Intan dan husband bagaimana kami jaga stok, uruskan stok Madu untuk pembentangan assignment diorang. Tergembira dan panik sekejap lalu berbincang dengan suami. Alhamdulillah suami setuju dan kami teruskan plan untuk berdating.. opss bermeeting hehe.

Alhamdulillah.. secara tak langsung diorang sudi promot madu2 kami untuk presentation. Hehe.

Apa yang kami faham kehidupan ini adalah bisnes, ia seharusnya dibiayai oleh permintaan. Selagi ada permintaan jalan terus.

Soalan: Berbisnes ada cara betul atau salah tak?

Jawapan: Ada, cara betul boleh penyebab masuk ke Syurga, cara salah boleh penyebab masuk Neraka. Ni dipanggil MUAMALAT iaitu urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek EKONOMI dan SOSIAL yang berlandaskan SYARIAT ISLAM (yakni PERHUBUNGAN yang tiada unsur penipuan dan penganiayaan).

Perniagaan itu sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul. Maka tuntutlah ilmu yang berkaitan dan tawakal.

Tak salah gagal dan belajar dari kesilapan serta meMULAkan langkah itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Betul tak?

Prove IT!




No comments:

Post a Comment

Google+ Followers